Search This Blog


SENTIASA MENDENGAR.....SENTIASA MEMAHAMI......

PRUDENTIAL ASSURANCE

Prulink Assurance.


PRUlink assurance plan membolehkan anda:
> Mempunyai PERLINDUNGAN MENYELURUH dan FLEKSIBILITI untuk setiap peringkat hidup anda
> MEMPERTINGKATKAN pelan anda dengan pelbagai manfaat BARU dan LANJUTAN
> MEMPELBAGAIKAN PELUANG PELABAURAN anda

Salah satu daripada perkara yang kita pasti dalam hidup ialah keperluan kita akan berubah; sering kali dalam cara yang kita jarang sekali jangkakan.
PRUlink assurance plan ialah pelan insurans yang anda cari-carikan. Ia bukan sekadar memberikan anda perlindungan komprehensif terhadap kemungkinan berlakunya penyakit kritikal, ketidakupayaan, kemalangan dan kemasukan ke hospital, ia juga menawarkan anda peluang pelaburan yang fleksibel. Anda berpeluang memilih mengikut kehendak setiap manfaat berdasarkan keperluan anda dan keluarga. Yang paling menarik, anda boleh memulakan pelan ini dengan jumlah minimum sebanyak RM100 sebulan!
Benarkan PRUlink assurance plan yang baru ini memberikan kawalan semula dalam hidup anda!
»Manfaat
PERLINDUNGAN MENYELURUH lagi FLEKSIBILITI untuk setiap peringkat hidup andaPRUlink assurance plan memberi anda kawalan dan fleksibiliti untuk membeza dan memilih mengikut kehendak keperluan perlindungan dan pelaburan yang bersesuaian dengan semua peringkat hidup anda.

MEMPERTINGKATKAN pelan anda dengan pelbagai manfaat BARU dan LANJUTAN Anda juga boleh mempertingkatkan pelan anda dengan pelan PRUhealth baru yang memberi anda perlindungan terhadap perbelanjaan perubatan utama dan memberi anda ganjaran Bonus Tanpa Tuntutan (NCB) apabila tiada tuntutan dibuat.
Lebih-lebih lagi, dengan tambahan manfaat Multiple Crisis Protector, anda diberi perlindungan sehingga tiga tuntutan terhadap penyakit kritikal.
MEMPELBAGAIKAN PELUANG PELABURAN anda
Membina dana pelaburan yang mantap demi potensi pulangan yang lebih tinggi bagi jangka panjang melalui pemilihan untuk melabur dalam mana-mana dana PRUlink. Anda juga boleh memilih untuk membuat tokokan, pengeluaran* atau pertukaran* antara dana-dana bagi pelaburan anda pada bila-bila masa.
* Tertakluk kepada terma dan syarat.
»Mengenai
PRUlink assurance plan
1. Apakah PRUlink assurance plan?
PRUlink assurance plan ialah pelan hayat seumur hidup berkaitan-pelaburan yang menawarkan perlindungan hayat dan pelaburan melalui pilihan mengikut kehendak pelan anda bagi semua peringkat hidup anda.
Di samping manfaat kematian dan ketidakupayaan asas, anda boleh memilih satu rangkaian perlindungan tambahan mengikut belanjawan dan keperluan lazim anda:
Sila rujuk kepada Ilustrasi Jualan untuk keterangan lanjut berkenaan komponen utama pelan anda.

2. Bagaimana saya mulakan?
Pertama, kenal pastikan keperluan perlindungan anda, seperti perlindungan asas dan manfaat tambahan yang lain. Selepas itu, tetapkan amaun peruntukan yang boleh ditanggung anda setiap bulan. Dengan PRUlink assurance plan, anda boleh mula melindungi masa depan anda dengan pelaburan serendah RM100* sebulan.
* Tertakluk kepada pengunderaitan.
3. Apakah yang akan saya perolehi?
Apabila berlaku Jumlah sebanyak: kematian a) Jumlah yang diinsuranskan, dan b) Nilai unit dalam akaun

Hilang Upaya Total dan Kekal (TPD) Tertakluk kepada RM4 juta setiap nyawa atas jumlah yang diinsuranskan Sekiranya berlaku TPD sebelum umur 70 tahun, jumlah yang diinsuranskan akan dibayar sekali gus tertakluk kepada satu jumlah maksimum sebanyak RM1 juta apabila dituntut. Baki jumlah yang diinsuranskan akan dibayar pada ulang tahun pertama ketidakupayaan1 . Apabila berlaku kematian lebih awal, baki ke atas sebarang jumlah yang diinsuranskan akan dibayar dengan serta-merta berserta nilai unit dalam akaun.
(Sila rujuk kepada dokumen polisi untuk definisi TPD)
Apabila Matang Nilai unit dalam akaun akan dibayar apabila anda mencapai umur 100 tahun pada hari lahir anda yang berikutnya.
Apabila Polisi Diserah Nilai unit dalam akaun pada masa penyerahan.
Nota: Untuk pelan juvenil, sekiranya berlaku kematian, penyakit kritikal atau TPD sebelum umur 5 tahun, perkadaran jumlah asas yang diinsuranskan yang telah dibayar adalah pada umur 1 hlb (hari lahir berikut): 20%, umur 2 hlb: 40%, umur 3 hlb: 60%, umur 4 hlb: 80%, umur 5 hlb: 100%.
Tertakluk kepada pengesahan ketidakupayaan berlarutan.
4. Siapakah yang boleh membeli PRUlink assurance plan?
Sesiapa yang berumur antara 19 - 70 tahun pada hari lahir yang berikutnya boleh membeli pelan ini. Anda juga boleh membeli pelan ini untuk anak anda yang berumur di bawah 19 tahun pada hari lahir mereka yang berikutnya.
5. Berapa lamakah perlu saya membayar premium?
Premium boleh dibayar untuk sepanjang tempoh polisi sehingga anda berumur 100 tahun.
6. Berapakah premium yang perlu saya bayar?
Premium bulanan minimum untuk PRUlink assurance plan ialah RM100*. Tiada amaun maksimum.
Peruntukan Premium Premium yang dibayar oleh anda diperuntukkan untuk membeli unit dana-dana PRUlink. Sila rujuk kepada Lembaran Fakta Dana PRUlink untuk maklumat lanjut berkenaan dana-dana ini.
* Tertakluk kepada pengunderaitan.
Contoh: Andaikan premium bulanan anda ialah RM200; peruntukan premium anda adalah seperti berikut:
Tahun 1 2 3 4 5 6 6 Ke Atas
PRUlink assurance plan Kadar Peruntukan Premium** 40% 50% 60% 70% 90% 90% 100%
Premium yang dilaburkan RM80 RM100 RM120 RM140 RM180 RM180 RM200
Anda dicadangkan supaya membeli PRUsaver (PSA), yang membolehkan anda meningkatkan paras pelaburan anda dengan pelaburan serendah RM10 sebulan, di mana 95% daripada premium akan dilaburkan ke dalam dana.
** Kadar peruntukan premium yang ditunjukkan di atas diguna pakai untuk polisi yang mempunyai tempoh pengumpulan selama 20 tahun dan ke atas. Untuk tempoh pengumpulan kurang daripada 20 tahun, peruntukan premium adalah lebih tinggi.
Bayaran premium
Premium boleh dibayar secara tahunan, setengah tahunan, suku tahunan atau bulanan melalui Auto Debit, Kad Kredit, Tunai atau Cek.
7. Bagaimanakah saya boleh memantau prestasi dana?
Harga unit diterbitkan setiap hari dalam akhbar utama dan di laman web kami di www.prudential.com.my.#
# Prestasi pelaburan dana-dana PRUlink adalah tidak terjamin.
8. Apakah caj-caj*** yang terlibat?
***Semua caj dikenakan melalui pembatalan unit. Yuran dan caj mungkin berbeza-beza dari masa ke semasa. Caj insurans untuk perlindungan asas terhadap kematian / TPD adalah terjamin. Walau bagaimanapun, kadar premium dan caj insurans untuk manfaat lain adalah tidak terjamin. Syarikat mempunyai hak untuk mengubah caj insurans dan kadar premium untuk manfaat pilihan dengan memberi notis bertulis 90-hari kepada pemegang polisi.
> Semua PRUlink dana dilaburkan dalam sekuriti dan / atau sekuriti hutang swasta Islamik yang lulus-Syariah. Produk-produk PRUlink bukan produk patuh-Syariah.
> Anda dinasihat untuk memastikan bahawa pelan ini boleh menepati keperluan anda dan anda mampu membayar amaun premium polisi ini.
> Perlindungan hingga umur tamat tempoh adalah tertakluk kepada unit yang mencukupi untuk ditolak caj insurans dan caj perkhidmatan.
> Jika anda membatalkan polisi ini pada tahun-tahun permulaan, anda mungkin tidak dapat memperoleh nilai sepenuhnya daripada amaun yang telah anda bayar. Berikutan penyerahan, pelbagai manfaat di bawah pelan ini tidak lagi berkuat kuasa.
> Tempoh membuat keputusan selama 15 hari diperuntukkan dari tarikh pengeluaran polisi anda untuk membolehkan anda mengkaji sama ada polisi tersebut memenuhi keperluan anda. Sekiranya polisi ini dibatalkan dalam tempoh tersebut, nilai unit (pada tarikh penentuan harga yang berikutan) berserta premium belum diperuntukkan, caj perkhidmatan dan caj insurans selepas ditolak perbelanjaan perubatan akan dipulangkan. Tambahan lagi, sekiranya tokokan telah dilakukan, 5% daripada premium belum diperuntukkan ditolak perbelanjaan perubatan akan dipulangkan. Tokokan tidak dikenakan sebarang caj insurans.
> Risalah ini adalah untuk tujuan ilustrasi sahaja. Anda dinasihatkan supaya merujuk kepada senarai semak Buku Maklumat Perubatan dan Kesihatan Insurans Prudential sebelum membeli suatu pelan, dan merujuk kepada dokumen polisi anda untuk terma dan syarat yang lengkap.
> Premium tidak terbayar mungkin menyebabkan polisi ini ditamatkan.
> Risalah ini diguna pakai bersama Lembaran Fakta PRUlink dan buku Pendedahan Polisi Berkaitan Pelaburan PRUlink.
Prudential Assurance Malaysia Berhad (107655-U)